Thursday, October 28, 2010

sanGat2.....LAma...

hidup ni mengajar aq utk lebih tabah....nah...ini dia hasilnya....
sudah sampai masanya utk aq keluar....mencari kehidupan...byk ilmu yg aq dpt di UPSI ini....
ahhaha....
perkara lucu jgn ckp....
byk sgt.....blajar naik lif,mkn ikan keli,mkn tempoyak......
ehm....boleh dikira lagi berapa hari aq akan meninggalkan UPSI...
sedihkan.....
tp byk yg aq belajr...aq punya rakan2 yg menjadikan aq insan lebih baik...
serius....
BUKTINYA:
~~~tanyalah mereka~~~

Sunday, March 14, 2010

6+1= 7 buah BUKU

Ilmu yg dicari melalui pengalaman yg ditimba atau melalui buku yg dibaca....ehm....hari ini aku akui perkara itu memg btul....disebabkan Kajian aq melibatkan tajuk depresi jadi dengan usaha yang gigih dan bersungguh2 aq telah meminjam enam buah buku di perpustakaan Tuanku Bainun...kemudian jumpa plak ng Supervisor.....cik Nani...dAPT LAGI SEBUAH BUKU.....malam nie kne lah aq bce semua buku tu ek.....heheheh......

Tapi aq ada gak bce skit2....interesting........

Antara ilmu yg boleh dikongsi ialah..

Jumat, 01 Agustus 2008

Depresi biasanya terjadi saat stress yang dialami oleh seseorang tidak kunjung reda, dan depresi yang dialami berkorelasi dengan kejadian dramatis yang baru saja terjadi atau menimpa seseorang, misalnya kematian seseorang yang sangat dicintai atau kehilangan pekerjaan yang sangat dibanggakan. Depresi adalah masalah yang bisa dialami oleh siapapun di dunia ini. Menurut sebuah penelitian di Amerika, 1 dari 20 orang di Amerika setiap tahun mengalami depresi, dan paling tidak 1 dari 5 orang pernah mengalami depresi sepanjang sejarah kehidupan mereka. Di Indonesia, banyak kasus depresi terjadi sebagai akibat dari krisis yang melanda beberapa tahun belakangan ini. Masalah PHK, sulitnya mencari pekerjaan, sulitnya mempertahankan pekerjaan dan krisis keuangan adalah masalah yang sekarang ini sangat umum menjadi pendorong timbulnya depresi di kalangan profesional.

Menurut seorang ilmuwan terkemuka yaitu Phillip L. Rice (1992), depresi adalah gangguan mood, kondisi emosional berkepanjangan yang mewarnai seluruh proses mental (berpikir, berperasaan dan berperilaku) seseorang. Pada umumnya mood yang secara dominan muncul adalah perasaan tidak berdaya dan kehilangan harapan.

Penyebab

Mungkin di antara Anda ada yang pernah mengalami depresi tanpa tahu sebab musababnya sampai membuat Anda semakin depresi karena tidak ketemu jawabannya. Akhirnya Anda jadi uring-uringan sendiri, semua jadi serba salah karena menurut Anda, tak seorang pun yang bakal memahami masalah Anda; bagaimana bisa mengharapkan bantuan orang lain jika sudah demikian keadaannya ?

Sebenarnya penyebab depresi bisa dilihat dari faktor biologis (seperti misalnya karena sakit, pengaruh hormonal, depresi pasca-melahirkan, penurunan berat yang drastis) dan faktor psikososial (misalnya konflik individual atau interpersonal, masalah eksistensi, masalah kepribadian, masalah keluarga) . Ada pendapat yang menyatakan bahwa masalah keturunan punya pengaruh terhadap kecenderungan munculnya depresi.

Gejala

Individu yang terkena depresi pada umumnya menunjukkan gejala psikis, gejala fisik & sosial yang khas, seperti murung, sedih berkepanjangan, sensitif, mudah marah dan tersinggung, hilang semangat kerja, hilangnya rasa percaya diri, hilangnya konsentrasi dan menurunnya daya tahan. Sebelum kita menjelajah lebih lanjut untuk mengenali gejala depresi, ada baiknya jika kita mengenal apakah artinya gejala. Gejala adalah sekumpulan peristiwa, perilaku atau perasaan yang sering (namun tidak selalu) muncul pada waktu yang bersamaan. Gejala depresi adalah kumpulan dari perilaku dan perasaan yang secara spesifik dapat dikelompokkan sebagai depresi. Namun yang perlu diingat, setiap orang mempunyai perbedaan yang mendasar, yang memungkinkan suatu peristiwa atau perilaku dihadapi secara berbeda dan memunculkan reaksi yang berbeda antara satu orang dengan yang lain. Gejala-gejala depresi ini bisa kita lihat dari tiga segi, yaitu gejala dilihat dari segi fisik, psikis dan sosial.

" KEJAYAAN ITU TAK AKAN DATANG DENGAN SENDIRI..TETAPI KEGAGALAN ITU BOLEH HADIR TANPA DISEDARI"

Saturday, March 13, 2010

JUMAAT-SABTU:KURSUS ASAS PRS......

Mengutip pengalaman...e2 yg paling berharga.....melibatkan diri dengan program kolej secara tidak langsung membuatkan saya lebih matang dalam menjadi seorang bakal kaunselor. Walaupun program ini dijalankan selama 2hari 1 malam tetapi ia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga apabila dapat sama-sama belajar mengenai apa itu PRS.....
sedikit perkongsian yang berilmu.....

Wednesday, March 10, 2010

Biar Betul-Betul.....

TAZKIRAH :
Sabda Rasulullah saw "Janganlah kamu mengagungkanku seperti yang diperbuat oleh orang-orang Nasrani terhadap Isa bin Maryam, kerana sebenarnya aku ini tidak lebih dari hamba Allah. sebut saja aku ini hamba Allah dan RasulNya" (Bukhori)

Istiqamah:

dialogistiqamah.gif

Dialog di atas menunjukkan perkara-perkara yang berikut:

1. Cita-cita yang murni iaitu mahu menjadi anak yang soleh (orang yang berjaya).

2. Cabaran yang di hadapi iaitu pengaruh hawa nafsu masa muda dan pengaruh rakan-rakan.

3. Prinsip yang menjadi pegangan iaitu kebenaran (ajaran Islam berteraskan ilmu, ibadah, solat, iman dan akhlak mulia).

4. Berjihad melawan pengaruh hawa nafsu dan pengaruh rakan-rakan.

5. Pendirian yang teguh dan tidak terpengaruh dengan pengaruh keseronokan masa muda dan rakan-rakan (Istiqamah).

ISTIQAMAH

Dalam hidup ni kadang2 aq terfikir gak....cner ek kita nak wat something tu dengan betul2...kadang2 timbul rasa putus asa gak dalam setiap perjuangan....Tipulah if kita kata kita xpernah putus asa...betul x??

Macam aq...bila banyak sgt kerja lg2 time bertgelar mahasiswa/i nie....di sudut hati kecil nie aq pun putus asa..tp putus asa yg xmelampaulah...kikiki....tp bila fikir tanggungjawab,janji pada diri & keluarga buatkan aq xmudah menyerah kalah....

Bg kawan2 camne plak?? Bila masanya kita perlu putus asa & bila masanya kita perlu bangkit??

" Bagi yang tahu,yang susah itu adalah senang,
Bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah.
TAPI...
bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan meyusahkan orang yang tahu"
(Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, Biar Betul-Betul(2008)

Monday, March 8, 2010

Lelaki itu rumit...

10 PERKARA BUKTI LELAKI ITU RUMIT

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.


Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.


Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.


Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.


Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.


Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.


Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .


Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.


Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.


Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar


untuk dijaga hati.

Sunday, March 7, 2010

TIPS diet untukku n untukmu....


100 Tips Diet Terbaik


Anda mempunyai dilema diet yang masih belum diselesaikan?Ikuti 100 tip di bawah:

Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?

1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.

2. Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.

3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.

4. Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.

5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.

6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.

Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?

7. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.

8. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.

9. Gunakan pinggan salad.

10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.

11. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.

12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.

13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.

14. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.

15. Simpan jurnal makanan.

16. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"

17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.

18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.

19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.

20. Bawa bekal makanan sendiri.

21. Duduk tertib semasa makan.

22. Campurkan jus dengan air.

23. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

24. Makan masakan sendiri di rumah.

25. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?

26. Ambil jus tomato semasa minum petang.

27. jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.

28. Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.

29. Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.

30. keledek juga adalah sayur.

31. Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.

32. Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.

33. Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.

34. Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!

Apakah jampi untuk kekal dgn diet yg diamalkan?

35. "Sajian terbaik makanan tinggi kalori yang jumlahnya sedikit. Sajian terbaik sayur-sayuran yang jumlahnya banyak".

36. "Nafsu makanku hanya sementara apabila tumpuanku pada perkara yg lain".

37. "Saya mahu nikmati hidup lebih lama".

38. "Saya sedang bekerja keras sekarang ini".

39. "Adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk berbanding berhenti makan sekarang".

Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?

40. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)

41. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)

42. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)

43. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.

44. Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.

45. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.

46. Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)

Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?

47. 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.

48. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.

49. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.

50. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.

51. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.

52. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)

53. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.

54. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.

55. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.

56. Panaskan 1 tin sup.

57. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.

58. Sandwich sayuran.

59. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.

Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?

60. Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"

61. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.

62. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.

63. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.

64. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.

65. Jangan kasihan pada makanan.

66. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.

67. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.

68. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.

Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?

69. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.

70. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)

71. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.

72. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.

73. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)

74. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.

75. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.

Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?

76. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.

77. Makan di atas meja makan dengan tertib.

78. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.

79. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.

80. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.

81. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"

82. Berus gigi selepas makan.

83. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.

84. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.

Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?

85. Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.

86. Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.

87. Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.

88. Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.

89. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.

90. Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien di dalamnya.

91. Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans.

Apakah tip senaman yang boleh membantu?

92. Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.

93. Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.

94. Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.

95. Lakukan yoga. Ia membakar antara 250-350 kalori selama 1 jam.

96. Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum.

Bagaimana mengendalikan makan kerana emosi?
97. Dapatkan khidmat nasihat pakar diet atau pemakanan.

98. Carilah teman untuk berbual.

99. Sertai kumpulan sokongan yg boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

100. Melayari internet juga boleh membantu. Layari laman web yg menawarkan program diet. Anda juga boleh bersoal jawab dgn pakar atau kaunselor melaui emel.

Yg terBaik.....Adalh AHAD.....

TAzkiRAh HAri Ini....

18-Allah berfirman "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatalah yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki perbuatanmu serta mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasulnya maka ia sungguh akan berbahagia dengan kebahagiaan yang agung." (AlAhzab:70-71)


Pagi2 lg....
bngun pagi harini sbb nk cari resepi "daging masak kicap'...nk try masak...sedap@ x...xtaulah...kikiki..tp yg penting usha...kiki...sbnrnya byk sgt keje rini...tp aq kne wat 1 per 1....kang xsiap plak kn.....
nk kne cari bhn tok proposal...tp bhn xbyklah...cne ek...nk cri info pasal motivasi..nk bg TALKS utk subjek Pengurusan B&K...ehm...pntlah...

cne starting nk bg Talks?....
gni leh x?

Bismillahhirrahmannirrahim...Assalammualaikum W.B.T....pastu aq bg pantun cmnie..:

pohon meranti lebat daunya,
indahnya sinar membawa cahaya,
hendak dilihat mana eloknya,
bIla mula kenali cinta,.


hahaha...boleh xcam 2...pastu aq bg situasi n pengenalan based aq punya slide...WAKAKAWA...kompiden.....

Ehm....
kadang2 aq rasa bersedia nk jd kaunselor tp kdg2 aq rasa byk lagi yg aq xready...kdg2 aq pk nk sambung blajr lagi..tahlah....tp...xper....selagi ade cita2 pasti ade usaha......

Nie Resepi yaNg aq jumpa:
DAGING MASAK KICAP~~~~



Bahan - Bahan:
  • 300 g daging
  • 2 ulas Bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit bunga lawang, cengkih, kayu manis
  • Sedikit cili padi (boleh juga guna lada sulah,lada hitam) - ikut suka.xnak letak pun xpe.
  • 3 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa


Cara- Cara:
1. Hiris daging. Jangan terlampau halus. Takut plak nanti hancur.


2. Rebus daging selama 1jam.
3. Tumbuk/kisar/hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
4. Panaskan sedikit minyak.
5. Masukkan kayu manis, cengkih dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau.
6. Kemudian, masukkn bawang2 dan halia yang telah di tumbuk/kisar/hiris. Tumis sehingga layu.
7. Masukkn daging yang telah di rebus bersama air rebusan daging.
8. Masukkn kicap beserta cili yang dihiris.
9. Renehkan selama 5 minit.
10. Tambahkn garam secukup rasa. Jangan terlalu banyak sebab kicap dh masin.
11. Sedia untuk di hidangkan.




" LAKUKAN APA YG KITA FIKIR KITA MAMPU LAKUKAN...BUKAN...LAKUKAN APA YG ORANG LAIN INGIN KITA LAKUKAN"